Thursday, October 23, 2008

Balik

Hehe..x sabar plak nak tggu buah hatiku balik..
yeah ari Sabtu nih...welcome home Sayang
Alwiz love U
Ati-ati yer nanti =)


Read more...

Saturday, October 11, 2008

Surat Seorang Ibu

Nih nak promot ckit sempena rayer tahun 2008 nih
klu masuk iklan nih mmg besh n menang sbb tahun ni iklan petronas x besh...

mari kite hayati n pahami maksud tersurat n tersirat dalam iklan nih :



nih link dia:
http://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI


Read more...

Friday, October 10, 2008

Cerpen : Kasih Ibu

Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya.

*******************************


“Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,”rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya.
”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak mengongkong je!!Ibu ingat Aifa budak kecik lagi ke??!!,bentak Aifa dengan kasar.
Salmah diam tanpa kata.Lidahnya kelu,suaranya bagaikan terlekat di celah kerongkong.Dia hanya mampu memandang lenggok jalan anaknya hingga anaknya hilang dari pandangan mata.

Salmah masih ingat,Aifa dulunya gadis yang lemah lembut,baik budi pekerti dan begitu menghormati orang tua.Walaupun Aifa gadis yang lincah dan periang,kelembutannya masih terserlah sesuai dengan wajanya yang ayu dan suaranya yang merdu bak buluh perindu.Aifa tidak pernah menengking,apatahlagi meninggikan suaranya kepada dia dan arwah suaminya,Afhan.Aifa anak tunggal yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh.Segala kemahuannya dituruti,tambahan pula,suaminya orang berada.Dia dan suaminya melayan Aifa bagaikan puteri,tidak sesekali dijentik mahupun dibiarkan nyamuk hinggap,begitulah kasih saying mereka suami isteri terhadap anak emas mereka.
Aifa memperoleh kesenangan dan hidup dalam kemewahan.

Namun,setelah kematian Afhan,anak emasnya mula berubah laku.Aifa menjadi gadis liar.Aifa bukan lagi anak yang patuh arahannya,sifat lembutnya juga hilang ditelan sifat kasar,suka marah-marah dan meninggikan suaranya.Salmah sedar,perubahan Aifa adalah ekoran daripada kematian papanya,Afhan yang amat disayanginya.Kematian Afhan sememangnya memberikan impak yang besar kepada Aifa,mana tidaknya Aifa sememangnya manja dengan arwah Afhan.Aifa kehilangan kasih sayang seorang ayah dan perhatian Salmah sendiri akibat Salmah terlalu sedih tentang kematian suaminya yang tercinta.Berbulan lamanya kesedihan itu menjerut tangkai hatinya dan semenjak itulah Salmah tidak lagi mempeduilkan keadaan anaknya.

Aifa yang terkapai-kapai mencari secebis kasih sayang dan perhatian dari seseorang yang bergelar ibu akhirnya terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya yang suka melepak,ponteng dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tidak berfaedah.Aifa lebih suka keluar dengan rakan-rakannya daripada duduk di rumah.Bagi Aifa,rumahnya bagaikan tidak bernyawa lagi sejak kehilangan papanya dan tidak ada serinya lagi dengan keadaan ibunya yang selalu bersedih dan terus-menerus meratapi kematian papanya.Malah,dirinya sendiri tidak dipedulikan.Aifa akan keluar pagi-pagi lagi dan hanya akan pulang ke rumah lewat malam.Dan kadangkala Aifa langsung tidak pulang ke rumah.Pelajarannya juga diabaikan,dia kerapkali melanggar peraturan sekolah dan rentetan dari terlalu banyak masalah disiplin,Aifa dibuang sekolah.Salmah yang telah dapat menerima kematian suaminya dengan hati yang redha akhirnya sedar dari kesilapannya yang mengabaikan anaknya,tetapi semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Aifa langsung tidak mempedulikan nasihat Salmah lagi.Aifa melayannya acuh tak acuh.Tetapi Salmah tidak mengambil hati dengan sikap anaknya walaupun hatinya bagai dihiris sembilu dengan sikap Aifa.Salmah tahu,silapnya kerana telah mengabaikan Aifa setelah kematian suami.Dia berasa sangat bersalah kerana dia merupakan salah satu sebab Aifa berubah laku dan bersalah kapada suaminya kerana tidak mampu mendidik Aifa menjadi anak yang solehah seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik untuk zuriatnya itu.

Salmah tersentak dari lamunannya yang panjang apabila terdengar dentuman pintu yang kuat.Salmah beristighfar di dalam hati kerana telah jauh mengelamun.Salmah tahu,pastinya dentuman itu datang dari bilik Aifa.Sebaik saja memandang kearah tangga,Salmah melihat anaknya yang telah siap berseluar jeans dan mengenakan baju t berwarna biru yang berlengan pendekSalmah mengelengkan kepalanya kerana dulu Aifa tidak pernah berpakaian ekstrem sebegitu.
“Pasti Aifa nak keluar lagi”,bisik hati kecil Salmah.
Aifa hanya menjeling ibunya dan terus melangkah kea rah pintu depan rumah.Salmah terkocoh-kocoh mengekori langkah anaknya.Hajat di hatinya adalah untuk menghalang Aifa keluar.Salmah memaut lembut lengan anknya.
“Aifa nak ke mana?”,soal Salmah.
“It’s none of your business ok?”.Kasar jawapan Aifa.
“Aifa,janganlah keluar nak.Temankan ibu di rumah ye?Kita boleh masak sama-sama,pastu makan sama-sama,berbual atau menonton tv sama-sama.Aifa kan suka baring atas riba ibu sambil tonton tv.Ibu rindu la nak buat semua tu dengan anak kesayangan ibu ni.Dulu Aifa selalu temankan ibu,Aifa ingat tak?”,Salmah memujuk lembut.
“Ah,tu semua dulu la bu,sekarang tak lagi.Ibu kan lebih suka duduk memerap dalam bilik,bertemankan airmata.Hei,mana la ibu perlukan anak ibu ni lagi.Sejak kematian papa,ibu dah lupa kan ibu masih ada seorang anak yang bernama Aifa,yang perlukan kasih sayang ibu,perhatian dari ibu.Selama ni Aifa jaga diri Aifa sendiri.SENDIRI,understand??Aifa bukan anak manja lagi.So,jangan nak menyekat kebebasan Aifa!!Aifa dah besar,and for your information..Aifa suka dengan cara hidup Aifa sekarang..Kita buat hal masing-masing,ibu buat hal ibu dan Aifa akan buat hal Aifa!!!!”tengking Aifa kepada ibunya.Matanya mencerlung memandang ibunya,bagaikan ibunya mangsa yang hendak diterkamnya.Tangan Salmah yang memaut lembut lengannya juga direntap kasar sehinggakan Salmah terjatuh.

Walaupun Salmah terjatuh,Aifa langsung tidak mempedulikan ibunya,hatinya bagaikan beku.Aifa terus menghidupkan enjin skuternya..Salmah meraih seluruh tenaga yang ada,bangun mengejar skuter milik anaknya walaupun dirinya dalam keadaan sakit.Salmah nekad,hari ini dia perlu menghalang Aifa sedaya upaya daripada keluar bersama rakan-rakannya yang rosak akhlaknya itu.Dia tahu dia masih mempunyai peluang kerana Aifa belumpun berlalu pergi.Salmah bukannya mahu menyekat kebebasan Aifa,tetapi dia tidak mahu anak kesayangannya itu terus hanyut dibuai gejala-gejala yang tidak berfaedah.Salmah mahu anaknya kembali menjadi Aifa yang dulu,
“Ya ALLAH,kembalikanlah Aifa,anakku yang dulu.Aku rela nyawaku diambil,tapi janganlah Engkau mengambil sifatnya yang aku rindui Ya ALLAH”,sayu Salmah berdoa di dalam hatinya kepada Yang Maha Esa.
Salmah masih cuba memujuk anaknya yang masih tidak dapat menghidupkan skuternya walhal Aifa teringin benar pergi dari situ kerana menyampah memandang ibunya yang dirasakan hanya berpura-pura mengambil berat tentang dirinya.
“Sedarlah nak,jangan la kamu terjebak dengan kegiatan yang tak bermoral lagi.Pintu masih terbuka luas untuk Aifa berubah,Aifa masih ada peluang”,dalam kepayahan Salmah menuturkan kata sambil menahan kesakitan akibat kepalanya terhentak batu semasa terjatuh tadi.
“Sudah la bu,boleh jalan la dengan takzkirah ibu tu.Aifa muak,meluat dengan ibu.Jangan tunjuk baik la bu.Ibu ni kan dah terhantuk baru terngadah tau tak?Sudah,lepaskan tangan Aifa,Aifa mahu pergi!!”,marah Aifa dan berlalu dengan skuternya yang telah berjaya dihidupkan.

Salmah masih tidak berputus asa,dia terus berlari dalam kesakitan mengejar skuter Aifa yang meluncur laju.Walaupun berkali-kali Salmah jatuh,dia terus dan terus mengejar anaknya sekuat hatinya sehainggalah dia berjaya memegang lengan anaknya,tetapi Aifa menarik kasar tangannya dan menyebabkan ibunya terjatuh sekali lagi.Benarlah kata orang,kasih ibu membatasi segalanya,Salmah bangun dalam kesakitan yang teramat,ingin terus mengejar anaknya.Akan tetapi,malang tidak berbau,apabila sampai di persimpangan jalan,Salmah yang bersungguh-sungguh mengejar anaknya tidak sedar akan sebuah kereta yang meluncur laju ke arahnya.Salmah hanya mampu menyebut ‘ALLAHUAKBAR’ dengan kuat sebelum badannya terpelanying ke tepi jalan.Aifa yang tidak jauh dari situ mendengar laungan kuat ibunya dan dentuman akibat perlanggaran tersebut menghentikan skuternya dan berpaling mencari wajah ibu yang dikasihi.Sejahat manapun dia sebagai seorang anak,hakikatnya dia amat menyayangi ibu yang telah melahirkan dan telah banyak berkorban untuknya,cuma hatinya degil,mahu menunjukkan egonya.Tercengang Aifa apabila melihat tubuh ibunya yang telah terpelanting dan berlumuran darah.

Aifa menjerit memanggil ibunya dan meluru mendapatkan ibunya.
“Ibu!Jangan tinggallkan Aifa bu.Aifa sayangkan ibu,Aifa perlukan ibu.Aifa bersalah,Aifa mintak maaf.Tapi tolong la bu,jangan tinggalkan Aifa!!!”,laung Aifa sekuat hatinya dengan linangan airmata.Kepala ibunya dipangku di atas ribanya dan dia mengucup dahi ibunya berkali-kali walaupun ibunya itu berlumuran darah.Salmah tersenyum dalam kesakitan dan menyahut lembut kata-kata anaknya,
“Ibu pun sayangkan kamu nak.Ibu tak pernah berkecil hati dengan sikapmu.Ibu bersalah mengabaikanmu setelah kematian papamu,ibu mintak maaf.Ibu terlambat menyedari kesilapan ibu.Ibu tak dapat mendidikmu dengan sempurna.Mungkin sudah tiba masanya ibu pergi,menyahut seruan Ilahi,mengikut jejak papamu.Jaga diri kamu baik-baik ya Aifa.Ibu dan papa sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagianmu,anakku.Berubah la menjadi Aifa yang dulu”,tenang Salmah menuturkan kata walaupun tersekat-sekat.Dan itulah kata-kata terakhir yang Aifa dengar dari bibir manis ibunya yang selalu menasihatinya.Aifa sayu dengan apa yang berlaku.
“Tidak bu,ibu tak boleh tinggalkan Aifa,tak boleh!!Aifa dah takde sesiapa lagi selain ibu”,bisik Aifa ke telinga ibunya dengan rembesan airmata yang sedari tadi setia menemani setiap kata-katanya.
“Ya Allah,panjangkan umur ibuku,janganlah Engkau ambil nyawanya.Aku sayangkan dia Ya Allah.Aku dah takde sesiapa lagi selain dia”,doa Aifa dalam hati.
Tetapi sesungguhnya,ALLAH Maha Berkuasa,Dia yang mencipta dan memiliki,ajal maut di tangannya.Salmah meninggal di tempat kejadian sebelum ambulans sempat tiba.Begitulah dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya.Aifa meraung sekuat hati sambil mengoncang tubuh ibunya.
“Ibuuuuuuu!!!”………..

****************************
Aifa kembali ke alam nyata.Peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu masih segar dalam ingatannya.Mana mungkin dia melupakan peristiwa yang telah meragut nyawa ibunya.Semuanya salah dirinya.Ya!!Salah dirinya.Terlampau banyak dosanya kepada ibunya.Sungguh,sampai ke hari ini dirinya menanggung rasa bersalah itu walaupun ibunya sudah memaafkannya.Seandainya waktu dapat diundurkan,Aifa ingin sekali mengubah segalanya.Dia tidak akan menjadi anak yang derhaka kepada ibunya.Aifa sedar,nasi sudah menjadi bubur.Kalaulah dulu dia mendengar kata-kata dan nasihat ibunya,tentu dia tidak akan menjadi anak yatim piatu yang mewah dengan harta benda tapi miskin kasih sayang.Dia tahu,syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu,tapi dia mempunyai dosa yang besar terhadap ibunya.

“Oh Tuhan,ampunkanlah dosa hambamu ini terhadap ibuku.Semoga Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman dan cucurilah rahmat-Mu kepadanya,Ya Karim.Amin....”detik hati kecil Aifa

Sungguhpun dia sedih dengan kematian ibunya,dia tidak meratapinya kerana dia yakin dengan qadak dan qadar Allah.

“Oh ibu,Aifa rindukan ibu”,bisik Aifa memandang gambar ibunya…..




p/s: kasih ibu tiada penganti..kasih ibu membawa ke Syurga


Read more...

Menangis...Perlukah Menangis

MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH
TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di
dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul
dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di
puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang
silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum
itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki
itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air
mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis
membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia
dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api
neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada
Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu
malam."


Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Hari Raya

Salam…

Memule sekali ingin di ucapkan Selamat Hari Raye ‘idulfitri. Maaf Zahir dan Batin andai ade tersalah bicara, terlanjur kata. Teringat suasana kampong yg begitu meriah and ceria. Tahun ni pelbagai kenangan yg terpalit sama ada indah atau sedih. Rayer nih trase btul khilangan ngan arwah adik sy yg bongsu Muhammad Syaznie B Mohd NongChek (Al-Fatihah). Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Allah lebih menyayanginya. Rase hiba n sebak skali biler ziarah kubur. Masih teringat senyuman manis yg x pernah lekang dr wajah arwah. Sy slaku abg/anak sulung trase sunyi apabile hanya tggal kami 2 bradik. Kepada yg di luar tuh, sayangi la adik anda.

“Ya Allah, Kau tempatkanlah roh arwah adikku di kalangan rang yg beriman dan beramal solah”

Selamat Hari rayer semua…
Sampai ketemu lagi =)

fuez


Read more...